Thursday, 25 August 2011

Forward : Lokasi Speed Trap


The Location of Speed Trap!! Take notes drivers^^




Due To this festive season, this are the places where the speed trap are locate...
Drive safety ♥


SPEED TRAP LOACTION.


Plus North Highway (From KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga


KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang


By Afiq KLtown's 


Sumber : Muke Buku

Monday, 22 August 2011

Fakta #3

Sejarah air sirap bole refer sini.. So ni beberapa fakta yg kite mungkin x ambil peduli dan mungkin kite wat tatau je.. Tpi once kite dah tau.. mungkin ianya dpt mengubah persepsi kehidupan seharian kita.

9. Kajian mendapati manusia normal menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir dan 90% untuk xtvt lain . tp kite tau x yg sebenarnye pembuatan otak-otak kempas tidak melibatkan sebarang otak dlm proses pembikinanye..

10. Jika kita cube menjerit tanpa henti selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, tenaga yg dihasilkan utk menjerit itu bole memanaskan secawan kopi.  tp kite tau x yg kite bole je memanaskan air kopi dengan air panas utk 1 minit tanpa perlu menanti selama bertahun2 lamenye.

11. Ikan jerung jika membuka mulut dalam tempoh yg agak lama di lautan, jerung tersebut akan mati lemas kerana kuantiti air yg masuk ke dalam mulutnya. tp kite tau x kite pon bole mati lemas jika membuat perkara seperti jerung tersebut.

12. Ade kajian menyatakan lelaki 6 kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita. tp kite tau x yg suara wanita bole mengalahkan bunyi petir di langit? hahaahah welk


JAKEL

Camni sebenarnye.. kisah ni mmg kisah benar.. tiada yg benar melainkan yg benar2 sahaja.. Kejadian ni kat Jakel shah alam.. aku mmg igt lg tarikh dier.. 8/8/2011..

Tapi siapa tau kejadian ni akan berlaku pada tarikh tersebut kan.. kite hanya mampu merancang Tuhan yg menentukan.. Tp mcm agak terkilan jugak la kan.. Nk citer pon mls.. Kalau mender2 ni melibatkan hati dan perasaan dan juge org tersayang kan.. 

Untuk mengingatkan kite sbagai hamba Allah di muka bumi ini.. terpaksa la jugak aku bagitau mender yg sebenarnye..  Dan aku x kisah kalau JAKEL amek tindakan kat aku... Kisah seterusnya hanya gambar yg akan berbicara... 



10


9


8


7


6


5


4


3


2


1













Ok dpt tv 32".. hahaha tahniah syg

Monday, 15 August 2011

Fakta #2

Ni bile nk dekat raye je... mcm2 yang kite buatkan..

5. Ramai org beli kain nk wat baju raye ni kat Nilai 3 la.. Segamat la.. Jakel la.. ape tah lagi.. mmg byk choice kan.. tp kite tau x.. yang Jalan TAR x same ngan TAR buat jalan? apetah lagi air sirap..

6. Ramai org gi bazar ramadhan sbb kat situ byk juadah untuk berbuka.. tp kite tau x yang Ramadhan Maharon dulu belajar kat Kolej Legenda? hahahahaha 

7. Ramai org bile bebuke je x leh tahan nafsu.. Padahal setan2 semua da kene ikat selama sebulan.. tp kite tau x yg ajaran dier selama 11 bulan melekat kat diri kite? hehehe

8. Ramai org bile gi bazar je nk beli murtabak.. tp kite tau x yang murtabak ade dlm wikipedia?

Ehem ehem.. 

Fakta #1


Korang mesti x perasan kan.. walaupon mende ni da jadi mcm mende yg hari2 kita buat.. tp ade perkara yg kadang2 kiter x pernah amek tahu or x pedulikan..


1. Kat Batu Caves ade 364 anak tangga.. Dan jika anak tangga diluruskan akan menjadi sepanjang 170 meter.. Tapi kite tahu x tanpa air sirap.. seseorang itu tidak mampu meneruskan perjalanan sampai ke puncak kerana mengalami dehidrasi yang tinggi..

2. Kereta pertama Ferrari dihasilkan pada tahun 1947. Tapi kite tahu x seseorang jurutera yang mencipta kereta Ferrari tidak dpt menyiapkannye tanpa meneguk segelas sirap ais.


3. Ade kajian mengatakan org lelaki 10 kali lebih buta warna daripada wanita.. Tapi kite tahu x walau sebuta warna sekalipon kite.. kite tetap dpt membezakan air sirap dgn air kelapa..



4. Kite mungkin x perasan yg dalam seminit kite bercakap, purata 300 titisan air liur akan keluar dan lebih kurang 2.5 titisan bagi satu perkataan. Tapi kite tahu x untuk menghasilkan sirap hanya memerlukan kuntum2 bunga rozel dan gule secukup rasa..


ini hanya la untuk mengisi masa lapang di bulan pose ni.. hahaha
Gambar semua dari Pakcik Google


Wednesday, 10 August 2011

Pelajar Malaysia kene Rompak kat London

Kesian nye la kat budak.. da la gi sane nk belajar.. pastu kene camni lak..
Agaknye camne la derang dtg malaysia bole hidup ngan aman..
Kalau ni adik aku mau nanges aku tgk video ni.. Sob Sob


Tape dik.. byk pahala ko dpt aritu.. dugaan bulan puasa

Monday, 8 August 2011

Sekadar Renungan Sesama Insan



Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab




Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

Sumber : Kat sini